This site is currently undergoing development to provide a better experience. We are working hard to bring you a new, improved website soon.

Selamat melayari portal PTM

Pertubuhan Tulir Malaysia

Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

Bahasa Malaysia sebagaiĀ  lingua franca yang merentasi jurang etnik, memupuk keharmonian serta perpaduan nasional.

Objektif PTM

Memorandum Persefahaman (MoU) & Kolaboratif

Penubuhan PTM

Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM)) adalah cetusan idea dari pengasas Yang Berbahagia Profesor Dr. Vijayaletchumy Subramaniam pada 25 Jun 2015. Penubuhan PTM telah mengorak langkah mengenal pasti masalah dan keperluan komuniti berhubung penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Perasmian penubuhan PTM disempurnakan oleh Yang Berbahagia Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM pada 30 September 2017. PTM bermatlamat menjadi badan bukan kerajaan yang mendokong usaha kerajaan Malaysia memartabatkan bahasa kebangsaan. Atas komitmen dan ketekunan yang tinggi, PTM berkembang menjadi pasukan petugas (task force team) yang dianggotai kumpulan graduan doktor falsafah, master dan bacelor bidang Bahasa Melayu. Dengan yang demikian, PTM menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat serta latihan bimbingan yang berterusan bagi komuniti dalam memperkasakan pedagogi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan (SK), sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah-sekolah menengah harian di seluruh Malaysia.